Followers

Archives

Hukum Bulu Binatang

Aku malas nak tulis,cuma copy ja nie...lama xp0st kat blog..:)



By محمد زاهين

APAKAH HUKUM JIKA BULU HAIWAN (KUCING) BERADA DIPAKAIAN.ADAKAH SAH SOLAT TERSEBUT JIKA MENGGUNAKAN PAKAIAN YANG SAMA?


Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat ).

Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim) Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

PENGGUNAAN BULU BINATANG

Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?

Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kata-kata Hikmah dari Khalifah-khalifah Islam

سلام الله عليكم جميعا
Berkata Abdullah Anuwar untuk post di blognya kali ini,adalah untuk membicara tentang satu bab,yang mana bab ini dirasakan amat penting dalam kehidupan kita seharian.Seperti yang kita sedia tahu kita dilahirkan sebagai islam,namun adakah kita ini islam secara TOTAL?
Disini ada satu peribahasa melayu yang ingin saya kongsikan bersama"Tepuk dada,tanyalah selera".
Dari peribahasa tersebut yang ingin saya ungkap dari hati kecil saya ialah tentang Iman kita sebagai insan yang bergelar islam.Kita sedia maklum akan peribahasa tersebut, kerana sudah pastinya peribahasa itu membahaskan tentang keperibadian kita,kerana peribahasa itu maksudnya umum,kerana salah satu tujuan peribahasa dicipta adalah untuk menegur naluri diri kita secara rasmi dan bukanlah sekadar mebacanya sahaja,sama-samalah kita mengambil iktibar darinya.
Soal peribahasa bukalah topik saya untuk kali ini,saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian untuk menyelami intipati mutiara-mutiara kata dari tokoh-tokoh yang pernah mengegarkan dunia ISLAM dengan bersumberkan dari Al-Quran dan Hadis.Ingatlah saudara saudariku sekali!!
dengan mengagungkan kata-kata nasihat dan saintis serta ahli bijaksana barat membuatkan AQIDAH kita terpesong,maklum sajalah otak orang kafie semuanya begitu(menyerang pemikiran manusia melalui kata-kata manis)
.Jomlah kita sama mengambil iktibar dari kata tokoh-tokoh islam seperti yang saya ingin kongsikan ini.Hentikanlah kebiasaan kita dengan suka mengambil kata-kata pujangga dari orang kafir!!
kita bukan tiada tokoh-tokoh ahli bijaksana islam,kita banyak tetapi kita terpedaya dengan anasir-anasir barat,kurangnya mencari sumber-suber bacaan,kelekaan kita sendiri dan satu faktor yang besar kita semakin terhakis oleh peredaran zaman dan nilai-nilai islam dipinggirkan,kerana kita mengaggap kata-kata pujangga dari tokoh-tokoh islam ini suatu yang kolot di telan dek zaman!Sedarlah semua!Antara kata yang akan saya kongsikan disini saya ambil dari satu laman web dan telah saya bacakan,dan hati saya tersentuh kerana banyak yang tertimpa di atas diri saya.Moga-moga ia menjadi manfaat untuk semua,kerana saya merasa terpanggil untuk meng"COPY and PASTED".Niat saya adalah tidak lain dan tidak bukan kerana saya ingin menyampaikan sesuatu yang baik untuk pembaca sekalian.Disini ingin saya nukilkan satu hadis nabi S.A.W yang mafhumnya berbunyi:
Allah,malaikat-malaikat,isi langit serta isi bumi hatta ikan di laut dan semut didalam lubang BERSELAWAT kepada orang yang menyampaikan kebaikan dan mengajarkan kebaikan.
[MAFHUM hadis]
P/s:Jom guna Internet untuk menyampaikan sesuatu yang baik!
والله اعلم
1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa
ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang
kemudian digunakan. 
 
3. Dia berkata kepada para
sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling
baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka
betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
 
SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap
selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada
ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
tidak ada perhatian untuknya.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia
bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun
pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua
belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -
Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya 
-Khalifah Umar al-Khattab



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign