Followers

Archives

"Peperangan MutAH mengajar seribu erti Jihad,apabila kelembutan dakwah,dibalas dengan kekerasan seperti batu batu"




~Tapak,dimana menjadi saksi peperangan Mu'tah~

Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan. Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Ini adalah perkara yang mesti kita ambil cakna iaitu mengenai kepimpinan yang mana Rasulullah S.A.W telah meminta kepada kita dalam hadis yang lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang. Jika di dalam urusan yang lebih besar lagi maka perkara ini perlu ditekankan secara yang lebih serius lagi seperti dalam kesatuan, rumah, negara dan sebagainya. Kepimpinan mestilah disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.Sifat pemimpin juga wajib dititik beratkan agar dia bukan sahaja mampu melaksanakan tugas malah dia merupakan seorang yang mampu menjaga kesucian Islam daripada tercemar. Dari sini juga kita dapat mengambil istifadah sebagai seorang pendakwah dan pejuang Islam yang mana perlu mempunyai taktik dan pelbagai cara yang berhikmah di dalam menyebarkan dakwah Islamiah bukannya secara terburu-buru dan gopoh-gapah dalam tindakan. Sifat sabar dan yakin kepada pertolongan Allah wajib ada agar kerja dakwah kita berterusan dan tidak mudah terbantut disebabkan kita mudah berputus asa apabila dakwah atau usaha kita tidak berjaya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan soal mengenai kejayaan kita tetapi Dia akan tanya mengenai kerja dan usaha yang kita lakukan. Ingatlah firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qasas yang bermaksud : Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yang mahukan petunjuk. Sebaik sahaja mereka tiba di Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya muslimin ke Mu'tah untuk memburu kemenangan ataupun syahid demi menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan. Ini menyatakan kepada kita bahawa sesuatu tindakan bukanlah mengharapkan kepada ramai yang menggerakkannya tetapi ia mesti disertai dengan mujahadah, keyakinan, tawakkal sebelum menghasilkan natijah yang berkualiti. Strategi, motivasi, inovasi dan ta'awun yang berterusan begitu penting di dalam menggerakkan sesuatu pergerakan samada persatuan, syarikat dan amal jamae'i yang lain dan lebih utama ialah negara. Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak. Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja. Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Belajar dari orang berpengalaman



  • "HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.
  • Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.
  • Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?
  • Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.
  • Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.
  • JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
  • DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
  • TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
  • TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
  • PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
  • Hidup ini penuh dengan kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang....

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

"Kenangan Bahrul Mayyit 09"




Hari pertama aku setelah sampai ke laut mati,perasaan sungguh gembira apabila melihat kehebatan allah ta'ala mencipta a'lam ini.Namun begitu jika dilihat sejarahnya,laut mati merupakan se jarah tinggalan kaum Nabi Lut A"laihissalam apabila Allah Ta'ala membalikkan membalikkan tamadun itu atas perbuatan mereka,apabila melaku amalan yang dilaknat Allah Ta'ala akibat perbuatan mereka melaku hubungan sejenis iaitu bahasa yang mudah kita paham iaitu "GAY" ataupun hubungan sesama jenis iaitu sex diluar tabi'i.oleh kerana mereka ingkar dengan amaran dari Allah,maka allah S.W.T telah membalikkan tamadun mereka ke Bumi.Memang genbira tidak terkata apabila ke sana,kerana suasana yang diceritakan oleh ustazku kini berlaku dan nyata didepan mata,namun kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran akibat melanggar perintah Allah S.W.T.Masyaalah!terungkap dibibirku!semacam tidak percaya kerana benda yang diceritakan kini menjadi nyata.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign