Followers
Archives
1) Seronok - dapat fitnah
2) Seronok - dapat dosa
3) Seronok - dapat geng dgn syaitan
4) Dapat luahkan segala masalah - ALLAH kan ada
5) Banyak habis duit - lebih baik guna utk
bersedekah
6) Banyak risau - takut awek orang lain kebas....
berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik
berdating tak risau
7) Banyak termenung dan senyum sendiri - pasal
ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai
muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh
datang bila-bila masa..
8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain - hidup
dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah
tak kisah.
9) Menepati masa dan janji - takut awek
marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak
takut pulak) 10. Lain2 lagi yang memberikan
faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA
Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple'
atau cuba2 nak ber'couple'(ditujukan khas buat
lelaki pasal dia orang le selalu dok start
dulu,perempuan pula ibarat spark plug kereta
petrol kalau tak de 'spraking' tak start le tapi
enjin kereta disel tak pakai spark plug pun boleh
start ye dak?) toksah le, rentikan tak sior(kata
orang Perak) dan getik aku nengoknye(kata orang
Perak lagi) pasal "manfaat"nya spt yg disebut di
atas cukup banyak, apa kata kita cari manfaat
lain yg lebih dan benar bermanfaat.
Hasil daripada
pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya
terdapat beberapa sebab yang menyebabkan
PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e.
perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha
drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal
percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn
syarak.
2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna)
mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak
melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada
pendapat mereka keluar buat date kat khalayak
ramai, bukanya berduaan di tempat sunyi, tak
pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek
tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun
sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le.
Saya bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan
dia orang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau
dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat
kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje
le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia
sedar le.
3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan
kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan
perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve.
Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak
kukuh dari luarga menyebabkan attraction between
the charge can't be control to act in a much more
appropriate manner.... maka terjadinya perhubungan
(kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada
setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia
orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga
kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor,
tahu le menilai yg baik dan yang buruk... tapi
tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak
boleh abaikan seperti maksud hadis yg selalu kita
dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;
" Tiap-Tiap Anak Yg Dilahirkan Itu Bersih & Suci
(Mengikut Fitrah) Maka Ibubapa Lah Yang Akan
Menjadikannya Yahudi, Nasrani Dan Majusi.."
4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup
aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak
dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka
ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
projek mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan
lepak macam Mat Lepakian.... lepak dgn tujuan
untuk mengambil iktibar) kat KL. (kat sini macam2
jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat
tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah
lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula
tu, lelaki apa lagi... ada chance nie.
5) Ramai perempuan semakin berani.... berani
menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn
lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat
banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat
Bunga yg banyak dapat awek.
6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan
dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok member2
lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi
suasana.
7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang
dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat'
awek...lelaki nie biasa le EGO..... ego tak kena
tempat.
8) Haaaaa..... nie paling memalukan kaum
lelaki.... lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia
pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau
awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat
betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak
meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le mat
tu. Ada juga awek yg manja(dah memang fitrah
wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka
lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia
maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada
kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan
anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam
pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.
9) Ada kaitan dgn fakta ke 9.... perempuan cepat
sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah
untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat
assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok
tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan
tersebut termakan kata-kata manis lelaki
tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak
ikhlas, tu yg jadi macam tu.
10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka
cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk
untuk kenal antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum
berjanji untuk sehidup semati.
Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram,
sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu
Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda
Rasulullah(saw);
"Sesungguhnya Yg Halal Itu Nyata(Terang) Dan Yang
Haram Itu Pun Nyata(Terang) Dan Diantara Keduanya
Ada Pekara2 Yang Kesamaran, Yg Tidak Diketahuinya
Oleh Kebanyakkan Manusia. Maka Barang Siapa
Memelihara(Dirinya Dari) Segala Yg Kesamaran,
Sesungguhnya Ia Memuliakan Baginya Agamanya Dan
Kehormatanya. Dan Barang Siapa Jatuh Ke Dlm
Pekara Kesamaran Jatuhlah Ia Spt. Pengembala Yg
Mengembala Di Sekeliling Kawasan Larangan Hampir
Sangat(Ternakanya) Maka Di Dlmnya. Ketahuilah
Bahawa Tiap2 Raja Ada Kawasan Larangan.
Ketahuilah Bahawa Larangan Allah Adalah Segala
Yang Haram. Ketahuilah Bahawa Di Dlm Badan Ada
Seketul Daging, Apabila Ia Baik, Baiklah
Seluruhnya Dan Apabila Ia Rosak , Rosaklah
Sekeliannya. Ketahuilah, Itulah Yang Dinamakan
Hati".
[Bukhari & Muslim]
By :ibnu hazir Sakan Haisam,Mou'ta Urdun
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian
Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laailahaillallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Kirimkan Untuk Rakan-rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya
Sedang Mengingatinya
"Peperangan MutAH mengajar seribu erti Jihad,apabila kelembutan dakwah,dibalas dengan kekerasan seperti batu batu"
Posted by Ibnu Hazir
~Tapak,dimana menjadi saksi peperangan Mu'tah~
Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan. Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Ini adalah perkara yang mesti kita ambil cakna iaitu mengenai kepimpinan yang mana Rasulullah S.A.W telah meminta kepada kita dalam hadis yang lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang. Jika di dalam urusan yang lebih besar lagi maka perkara ini perlu ditekankan secara yang lebih serius lagi seperti dalam kesatuan, rumah, negara dan sebagainya. Kepimpinan mestilah disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.Sifat pemimpin juga wajib dititik beratkan agar dia bukan sahaja mampu melaksanakan tugas malah dia merupakan seorang yang mampu menjaga kesucian Islam daripada tercemar. Dari sini juga kita dapat mengambil istifadah sebagai seorang pendakwah dan pejuang Islam yang mana perlu mempunyai taktik dan pelbagai cara yang berhikmah di dalam menyebarkan dakwah Islamiah bukannya secara terburu-buru dan gopoh-gapah dalam tindakan. Sifat sabar dan yakin kepada pertolongan Allah wajib ada agar kerja dakwah kita berterusan dan tidak mudah terbantut disebabkan kita mudah berputus asa apabila dakwah atau usaha kita tidak berjaya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan soal mengenai kejayaan kita tetapi Dia akan tanya mengenai kerja dan usaha yang kita lakukan. Ingatlah firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qasas yang bermaksud : Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yang mahukan petunjuk. Sebaik sahaja mereka tiba di Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya muslimin ke Mu'tah untuk memburu kemenangan ataupun syahid demi menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan. Ini menyatakan kepada kita bahawa sesuatu tindakan bukanlah mengharapkan kepada ramai yang menggerakkannya tetapi ia mesti disertai dengan mujahadah, keyakinan, tawakkal sebelum menghasilkan natijah yang berkualiti. Strategi, motivasi, inovasi dan ta'awun yang berterusan begitu penting di dalam menggerakkan sesuatu pergerakan samada persatuan, syarikat dan amal jamae'i yang lain dan lebih utama ialah negara. Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak. Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja. Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan
- "HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.
- Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.
- Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?
- Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.
- Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.
- JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
- DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
- TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
- TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
- PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
- Hidup ini penuh dengan kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang....
Adakah Fahaman wahabiyyah itu hanya satu fahaman yang di asaskan untuk memperbaharui Ad_dien islam?
Posted by Ibnu Hazir
Bahaya Wahabi
Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudinrencana@hmetro.com.my
Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.
Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.
Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.
Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.
Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.
Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.
Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.
Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).
Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.
"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.
"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.
"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.
"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.
Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.
Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.
Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.
"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.
"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.
Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.
"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.
"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.
Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.
Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.
Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.
Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."
Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.
Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.
Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.
Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."
Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.
Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).
Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.
INFO
Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:
Kebiasaannya umat islam di malaysia berpegang kepada Mazhab Imam Shafie,adakah kita mengetahuan siapakah itu Asy-Syafie
Posted by Ibnu Hazir
Imam Syafie
..............Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghzzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.
Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.
Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.
Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.
Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.
Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”
Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”
“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.
Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.
Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”
Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
- Sajak Marwan Hadid (Syria)
Aku Tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Walau mereka membakar hartaku, aku nyenyak tidur
Walau mereka penjara keluargaku, aku tetap tidur
Walau bangsaku mereka bunuh, aku tidur
Walau negeriku mereka jual, aku tetap tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Walau kakiku mereka patahkan, aku tidur
Walau tanganku mereka potong, aku tidur
Walau mereka cungkil mataku, aku tetap tidur
Dengan mata yang sebelah, aku tetap tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Walau mereka minum darahku, aku tidur
Walau mereka menginjak leherku, aku tetap tidur
Walau rumahku mereka robohkan, aku tidur
Ya, aku masih dapat tidur di bawah puing-puing
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Sepanjang waktu aku tidur
Ketika waktu shalat tiba, aku masih tidur
Pada waktu pagi, aku tidur
Seperti orang yang mati aku tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Kehormatan wanita mereka langgar, tapi aku tidur
Mereka menjual……tapi aku tidur
Mereka merampas tanah air, namun aku tetap tidur
Iman lenyap dan aku masih tetap tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Orang-orang tua kami mereka usir, tapi aku nyenyak tidur
Anak-anak kami mereka sembelih dan aku tetap tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Al-Quran mereka tinggalkan dan aku tetap tidur
Mereka mengingkari al-Islam, tapi aku tetap tidur
Bahkan mereka mencaci Dienul Islam, tapi aku tidur
Sampai-sampai menggeletak di antara dinding
Aku masih nyenyak tidur
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Siang malam aku terus tidur
Akalku dan fikiranku turut tidur
Senjataku adalah lidah, tapi aku tidur
Dan jihadku dengan tidurku: ya, aku tidur
Kerana takut mati, maka aku tidur
Dan kerana mencintai dunia, maka aku tidur
Kalau mereka menghancurkan kau hai Ad-Dienku
Mestinya kujadikan diri tebusan bagimu
Tapi aku tidur!
Aku tidur, aku tidur, aku tidur
Luahan Pimpinan
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
-
-
Khutbah Eidil Adha 201311 years ago
-
-
-
-
-
Sila lawati kami14 years ago
-
-
Sekalung Tahniah15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
ibnuhazir Links
- Untuk blogers
- Sumber-sumber hukum islam dan sejarahnya
- Suhu sekitar Negara Jordan
- Simbol Syaitan Dan Kisah Dajjal Oleh Dr.Tasmara
- Portal Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia University Of Mutah Jordan
- Mutiara Agama dari Al Azhar Mesir
- Mutah University
- Maklumat Tentang perubatan Islam
- Maklumat Tentang Perubatan Islam
- Koleksi Ilmiah oleh Ustaz Azhar
- Kedah FM Radio
- HALAQAH
- Gedung Ilmu Versi mp3 Oleh ulamak Malaysia
- Gadget Islamik
- Baca harakah Online
Sahabat Sham
Pautan awek-awek
-
:: Topeng Senyum ::6 years ago
-
Doa Dhuha13 years ago
-
About Me
- Ibnu Hazir
- Abdullah Anuwar Bin Mahd Hazir.Berasal dari kedah.B.A Bahasa Arab di tahun 3. University Of Mutah,Jordan
Archives
-
▼
2009
(10)
- ► 12/06 - 12/13 (4)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
-
►
2010
(15)
- ► 01/03 - 01/10 (2)
- ► 01/10 - 01/17 (1)
- ► 01/24 - 01/31 (1)
- ► 02/14 - 02/21 (2)
- ► 03/07 - 03/14 (1)
- ► 04/11 - 04/18 (2)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 06/13 - 06/20 (1)
- ► 10/10 - 10/17 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/28 - 12/05 (2)
-
►
2011
(2)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
- ► 11/27 - 12/04 (1)
Categories
Hayya Natahaddas!!
kat mana tu?
Traffic Live
Sahabat dari Ma'ahad
-
-
Kuliah Akhi Mohd Amin11 years ago
-
Kenapa Tak Bersyukur ??11 years ago
-
Jaulah Ukhwah14 years ago
-
Wahai diri...14 years ago
-
-
Majlis Iftor berjalan lancar15 years ago