1) WAHAI KAWANKU,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.
Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di
situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ
ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan
mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat
genting dan cemas.






2) WAHAI KAWANKU,


Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir
dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu.
Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia
memberi syafaat. sentiasalah membaca, menghafal dan.. cuba hayati
mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di
sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.






3) WAHAI KAWANKU,


Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula,
Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian
menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!!
Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit!!!




4) WAHAI KAWANKU,


Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya
berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran, Kerana di sana ada
unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya!!!




5) WAHAI KAWANKU,


Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa!!!


Rasulullah saw adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa
kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato
juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu
banyak ketawa bodoh. Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi. Dan
orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya
golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang
membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak
menular. Keburukan dalam diri!!!






6) WAHAI KAWANKU,


Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan!!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata
seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan
berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan
bergurau. Mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam
gulai.






7) WAHAI KAWANKU,


Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di
depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati
orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara
keledai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan
keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya.
Carilah jalan tengah di antara keduanya.






8) WAHAI KAWANKU,


Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan
lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!!
Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah
lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda
memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging
kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa
orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti
minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh
mengumpat...apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan
apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi
amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan
kefasikan dan kejahatan.




9) WAHAI KAWANKU,


Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk
semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah,
hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang
berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama
menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.




10) WAHAI KAWANKU,


Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya
manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup
berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi saw bermaksud: "Bertindak
segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa
saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati