Ya akhwani,budaya bercinta ini memang tidak dapat dinafikan lagi.Ianya adalah sifat fitrah semula jadi yang Allah S.W.T sejak azali lagi,namun begitu segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hendaklah kita sebagai insan yang berakal dan sempurna serta yang paling mulia dimuka bumiNya ini mengaplikasikan Rasa cinta itu,untuk tujuan yang baik serta berfaedah.jikalau kita renung-renungkan,budaya bercinta ataupun berCUOPLE ini adalah kebanyakan adalah budaya orang bukan islam.Memang tidak dapat dinafikan lagi,orang yang sedang bercinta sungguh indah hidupnya.....bak kata pepatah arab yang berbunyi"MA AHLAL HAYAH" yang bermaksod alangkah indahnya hidup ini.....namun intiha atau konklusinya,rasa cinta yang sebenar-benarnya perlulah kita infakkan kepada Allah dan seterusnya yang sepatutnya.....kata punjaga berbunyi~cintakan bunga,bungakan layu,cintakan manusia,manusia akan pergi...cintakan Allah,akan kekal selamanya.Ya IKhwani,marilah kita sama kembali ke fitrah dan apa itu cinta yang sebenarnya.....WALLahuA'laM
~Inilah faedah yang kita dapat jika cinta salah digunakan~


1) Seronok - dapat fitnah

2) Seronok - dapat dosa

3) Seronok - dapat geng dgn syaitan

4) Dapat luahkan segala masalah - ALLAH kan ada

5) Banyak habis duit - lebih baik guna utk
bersedekah

6) Banyak risau - takut awek orang lain kebas....
berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik
berdating tak risau


7) Banyak termenung dan senyum sendiri - pasal
ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai
muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh
datang bila-bila masa..

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain - hidup
dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah
tak kisah.

9) Menepati masa dan janji - takut awek
marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak
takut pulak) 10. Lain2 lagi yang memberikan
faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple'
atau cuba2 nak ber'couple'(ditujukan khas buat
lelaki pasal dia orang le selalu dok start
dulu,perempuan pula ibarat spark plug kereta
petrol kalau tak de 'spraking' tak start le tapi
enjin kereta disel tak pakai spark plug pun boleh
start ye dak?) toksah le, rentikan tak sior(kata
orang Perak) dan getik aku nengoknye(kata orang
Perak lagi) pasal "manfaat"nya spt yg disebut di
atas cukup banyak, apa kata kita cari manfaat
lain yg lebih dan benar bermanfaat.

Hasil daripada
pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya
terdapat beberapa sebab yang menyebabkan
PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e.
perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha
drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal
percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn
syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna)
mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak
melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada
pendapat mereka keluar buat date kat khalayak
ramai, bukanya berduaan di tempat sunyi, tak
pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek
tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun
sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le.
Saya bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan
dia orang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau
dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat
kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje
le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia
sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan
kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan
perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve.
Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak
kukuh dari luarga menyebabkan attraction between
the charge can't be control to act in a much more
appropriate manner.... maka terjadinya perhubungan
(kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada
setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia
orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga
kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor,
tahu le menilai yg baik dan yang buruk... tapi
tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak
boleh abaikan seperti maksud hadis yg selalu kita
dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;

" Tiap-Tiap Anak Yg Dilahirkan Itu Bersih & Suci
(Mengikut Fitrah) Maka Ibubapa Lah Yang Akan
Menjadikannya Yahudi, Nasrani Dan Majusi.."

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup
aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak
dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka
ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
projek mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan
lepak macam Mat Lepakian.... lepak dgn tujuan
untuk mengambil iktibar) kat KL. (kat sini macam2
jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat
tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah
lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula
tu, lelaki apa lagi... ada chance nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani
menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn
lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat
banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat
Bunga yg banyak dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan
dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok member2
lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi
suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang
dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat'
awek...lelaki nie biasa le EGO..... ego tak kena
tempat.

8) Haaaaa..... nie paling memalukan kaum
lelaki.... lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia
pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau
awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat
betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak
meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le mat
tu. Ada juga awek yg manja(dah memang fitrah
wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka
lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia
maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada
kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan
anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam
pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.

9) Ada kaitan dgn fakta ke 9.... perempuan cepat
sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah
untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat
assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok
tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan
tersebut termakan kata-kata manis lelaki
tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak
ikhlas, tu yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka
cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk
untuk kenal antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum
berjanji untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram,
sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu
Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda
Rasulullah(saw);

"Sesungguhnya Yg Halal Itu Nyata(Terang) Dan Yang
Haram Itu Pun Nyata(Terang) Dan Diantara Keduanya
Ada Pekara2 Yang Kesamaran, Yg Tidak Diketahuinya
Oleh Kebanyakkan Manusia. Maka Barang Siapa
Memelihara(Dirinya Dari) Segala Yg Kesamaran,
Sesungguhnya Ia Memuliakan Baginya Agamanya Dan
Kehormatanya. Dan Barang Siapa Jatuh Ke Dlm
Pekara Kesamaran Jatuhlah Ia Spt. Pengembala Yg
Mengembala Di Sekeliling Kawasan Larangan Hampir
Sangat(Ternakanya) Maka Di Dlmnya. Ketahuilah
Bahawa Tiap2 Raja Ada Kawasan Larangan.
Ketahuilah Bahawa Larangan Allah Adalah Segala
Yang Haram. Ketahuilah Bahawa Di Dlm Badan Ada
Seketul Daging, Apabila Ia Baik, Baiklah
Seluruhnya Dan Apabila Ia Rosak , Rosaklah
Sekeliannya. Ketahuilah, Itulah Yang Dinamakan
Hati".

[Bukhari & Muslim]

By :ibnu hazir Sakan Haisam,Mou'ta Urdun

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati